Sunday, June 13, 2010

20 Jun...!!! Hari Apa tu??




Kepada semua insan yang masih lagi mempunyai ayah, sayangilah ayah anda sementara beliau masih ada.
Apalah salahnya pada hari tersebut, bersama-sama meraikan hari itu bersamanya. Tak perlu beli hadiah pon tak apa. Cukup sekadar Peluk dan ucapkan Selamat Hari Ayah!!!! 

Flotila ke GAZA sia-sia?

Ketika semua umat Islam negara ini menyaksikan pelayaran misi bantuan ke GAZA baru-baru ini, ramai pihak yang mengharapkan 'keajaiban' akan terjadi. Tindakan ini adalah antara tindakan paling jelas diambil aktivis-aktivis pro-palestin menunjukkan simbolik kepada dunia sekurang-kurangnya, mereka telah mencuba. Walaupun skala saiz misi bantuan itu tidaklah sebesar yang diharapkan, mereka tetap antara yang berani menuju ke Israel walaupun tahu risiko yang mendatang. Ketika kapal 'Rachel Corrie' diserbu komando laut Zionis, ramai manusia yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin tersentak berikutan tiadanya sifat kemanusiaan Zionis dalam menghadapi dan melayan misi-misi kemanusiaan. Ini jelas mengecewakan setiap pihak yang telah bersungguh-sungguh menjayakan program itu. Namun, apa yang mampu dibuat hanyalah kutukan dan desakan untuk mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Turki antara negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sebelum ini telah bertindak segera memutuskan hubungan diplomatik antara mereka berikutan kematian rakyatnya di atas kapal tersebut. Malaysia memang tiada hubungan diplomatik dengan Israel, tetapi kapal-kapal perdagangan Zionis itu masih dibenarkan singgah di pelabuhan kita... atas dasar kemanusiaan.

Etika semasa online... Ramai masih mengabaikannya..


Tidak menghairankan sekiranya banyak berlaku kes lambakan bayi di Malaysia sekiranya pengguna laman sosial masih mengabaikan etika semasa online yang bertujuan mengelakkan pengguna wanita terutamanya dari terpedaya. Lelaki tetap lelaki..

MELAKA: Rangsangan menerusi kata-kata atau perbuatan menerusi laman sosial, kamera web, talian telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) dikenal pasti mendorong segelintir remaja bercinta di alam siber itu untuk bertemu sebelum disyaki sanggup melakukan perbuatan tidak bermoral.
Itu antara faktor menyebabkan segelintir remaja yang baru pertama kali bertemu dengan pasangan masing-masing terlanjur dan hamil luar nikah akibat perbuatan mereka itu.
Perkara berkenaan didedahkan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) menerusi soal siasat dilakukan terhadap pesalah syariah yang hamil luar nikah.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rahimin Bani berkata, menerusi soal siasat dijalankan segelintir pasangan terbabit mengakui pada mulanya mereka tidak pernah bertemu bersama pasangan masing-masing, sebaliknya dikenali menerusi suara saja.

Katanya, sepanjang berkenalan mereka berhubung sama ada menerusi talian telefon atau kemudahan yang ada di Internet bagi berhubung sebelum dipercayai tercetus bibit kemesraan.

“Dalam tempoh singkat perkenalan itu, mereka mula bersembang mengenai seks sehingga merangsang nafsu pasangan terbabit.

“Ada bertukar gambar seksi atau lucah antara satu sama lain dan bersembang dengan menggunakan kamera web dalam keadaan mengghairahkan,” katanya.

Rahimin berkata, dalam tempoh singkat menerusi hubungan yang banyak bercerita mengenai perihal lucah atau merangsang pasangan masing-masing itu akhirnya mendorong mereka bertemu.

Katanya, akhirnya sesuatu pertemuan dirancang itu semata-mata untuk melakukan hubungan seks.

“Banyak kes yang kita jumpa pasangan itu pertama kali mereka bertemu, tetapi sudah terlanjur. Apabila disiasat semuanya berpunca daripada rangsangan yang berlaku ketika berhubung sebelum ini,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kes hamil luar nikah juga banyak berlaku akibat faktor berkenaan dan kebanyakannya berlaku akibat pertemuan pertama kali hanya semata-mata kerana keinginan seks.

Katanya, faktor terbabit menyumbang peningkatan kes hamil luar nikah dan angkanya menunjukkan peningkatan setiap tahun.

“Bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini saja, kes seumpama itu mencatatkan 130 kes dan bagi sepanjang tahun lalu pula 391 kes dan tahun sebelumnya 388 kes,” katanya
.

Ariel 'Peter Pan' membuat onar??

Hurm... nampaknya vokalis band terkenal dari seberang, 'Peter Pan', telah terkantoi. Berikut paparan berita dari Harian Metro...

Pegawai kanan polis, Brigadier Jeneral Zainuri Lubis berkata demikian semalam ketika mengulas kenyataan jurucakap Kementerian Perhubungan dan Teknologi Maklumat yang mendakwa pihaknya sudah mengenal pasti komputer yang digunakan untuk muat naik video seks membabitkan ketiga-tiga selebriti itu. Zainuri berkata, pihaknya akan melancarkan siasatan terhadap penyebar video itu sebaik menerima maklumat daripada kementerian terbabit.

Dalam pada itu, Ariel yang sudah digelar Ariel ‘Peterporn’ selepas video lucah itu tersebar, mengambil sikap berdiam diri selepas disoal siasat oleh polis, semalam.

Dia dan Luna yang disoal selama kira-kira dua setengah jam enggan bercakap kepada wartawan yang menanti mereka di luar balai polis di Jakarta. Sementara itu, pengerusi sebuah pertubuhan bukan kerajaan menggesa polis supaya turut menyiasat suami Cut, Yusuf Subrata berhubung video berkenaan.

Farhat Abbas dari Lembaga Sosial Masyarakat Jamin Rakyat berkata, tindakan Yusuf berdiam diri tidak boleh diterima walaupun dia bertindak demikian untuk menutup aib isterinya.

Farhat turut mengesyorkan supaya polis memeriksa kesihatan Ariel, Luna dan Cut memandangkan apa yang mereka lakukan membabitkan seks bebas yang jika dibiarkan akan menyebabkan virus tersebar luas. — Agensi

Lagenda Budak Setan.... Komen?

Saya mengharapkan filem adaptasi dari novelis terkenal tanah air, Ahadiat Akashah ini berjaya menyentuh hati saya sebelumnya. Saya tidak pernah membaca novel-novel keluaran beliau. Namun, saya mengharapkan sebuah filem yang sebegini akan mempunyai jalan cerita yang lancar dan berkesan. Saya bukanlah seorang yang arif dalam hal filem, namun sebagai seorang penonton biasa, saya tidak dapat menyelami ataupun menghayati filem ini seperti sepatutnya. Babak cinta antara Farid Kamil dan juga Lisa Surihani agak ironi. Pengarah juga lebih banyak menekankan isu-isu percintaan mendayu-dayu dalam filem ini tidak seperti mana tajuknya. Jalan cerita yang agak longgar dan mudah juga mengecewakan saya. Apa yang sangat berkesan, babak-babak di mana jeritan Lisa Surihani semasa dipukul Que Haidar sememangnya sangat menganggu. Satu pujian untuk Que, adalah babak semasa Lisa dipukul.Dia tidak nampak macam berlakon semasa itu. Secara keseluruhan, pendapat peribadi bagi saya untuk filem ini adalah 2 setengah bintang...

Bulan World Cup...

Penulis bekerja di salah sebuah pasar raya di bahagian selatan tanah air. Melalui pengamatan peribadi, Malaysia telah dilanda dengan demam Piala Dunia. Hal ini tidaklah menghairankan, kerana penulis sendiri juga begitu. Kemeriahannnya agak terasa di sini terutama bagi peminat lelaki. Pasaraya terkenal yang menjadi tempat penulis bekerja ini turut dihiasi dengan ikon berbentuk bola termasuklah penjualan jersi-jersi pasukan pilihan seluruh dunia. Tidak kurang juga rakan-rakan yang telah mula membuka pertaruhan untuk mana yang berani, maaf... Memang ini realiti pengisian piala dunia saban tahun. Tinggallah isu flotila pembebasan GAZA, isu RMK-10. Yang menjadi tumpuan buat sementara ini, adakah Messi cukup cergas untuk mengharungi baki perlawanan ataupun teka-teki sama ada strategi Capello untuk England akan menjadi selepas semua kontroversi yang melanda...