Sunday, June 13, 2010

Flotila ke GAZA sia-sia?

Ketika semua umat Islam negara ini menyaksikan pelayaran misi bantuan ke GAZA baru-baru ini, ramai pihak yang mengharapkan 'keajaiban' akan terjadi. Tindakan ini adalah antara tindakan paling jelas diambil aktivis-aktivis pro-palestin menunjukkan simbolik kepada dunia sekurang-kurangnya, mereka telah mencuba. Walaupun skala saiz misi bantuan itu tidaklah sebesar yang diharapkan, mereka tetap antara yang berani menuju ke Israel walaupun tahu risiko yang mendatang. Ketika kapal 'Rachel Corrie' diserbu komando laut Zionis, ramai manusia yang bersimpati dengan nasib rakyat Palestin tersentak berikutan tiadanya sifat kemanusiaan Zionis dalam menghadapi dan melayan misi-misi kemanusiaan. Ini jelas mengecewakan setiap pihak yang telah bersungguh-sungguh menjayakan program itu. Namun, apa yang mampu dibuat hanyalah kutukan dan desakan untuk mengheret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa. Turki antara negara Islam yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel sebelum ini telah bertindak segera memutuskan hubungan diplomatik antara mereka berikutan kematian rakyatnya di atas kapal tersebut. Malaysia memang tiada hubungan diplomatik dengan Israel, tetapi kapal-kapal perdagangan Zionis itu masih dibenarkan singgah di pelabuhan kita... atas dasar kemanusiaan.

No comments:

Post a Comment

Sila Poskan Komen Anda...